Kemahiran dan pengeluaran berbayar
Perintis pengeluaran bahan kopi kitar semula bersama Lowen
Bersama Lowen, kami menghimpunkan sekumpulan ibu tunggal untuk merintis model pengeluaran berbayar dari rumah menggunakan bahan kopi kitar semula. Dibimbing di setiap peringkat, daripada mengadun dan mengacuan hingga menekan, kemasan dan pemeriksaan kualiti, ibu-ibu membina kemahiran melalui demonstrasi dan latihan berulang, lalu menghasilkan kira-kira 250 rantai kunci Torus siap untuk acara akan datang. Matlamat kami adalah membuktikan bahawa reka bentuk kitaran boleh mencipta kerja yang fleksibel dan dibayar adil, yang dilakukan ibu-ibu dari rumah di samping tanggungjawab keluarga.

